Widgets

Saya sedia beri penjelasan isu kemelut bola sepak terengganu - Che Mat Jusoh

ENGGAN bersembunyi daripada kemelut yang melanda, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mengambil pendekatan 'bijak' dalam menyelesaikan isu membabitkan penyokong bola sepak negeri itu.

Malah, pemimpin veteran itu secara terbuka mengakui desakan daripada penyokong Terengganu yang menuntutnya untuk meletak jawatan sebagai presiden PBSNT bukanlah jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, demonstrasi yang dilakukan di pekarangan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin mungkin disebabkan para penyokong tidak mendapat maklumat yang jelas, terutamanya melibatkan isu pengunduran jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

Justeru katanya, beliau sedia pada bila- bila masa untuk berjumpa dengan wakil pe- nyokong berkenaan bagi memberi penjela- san sebenar di sebalik dakwaan yang di- lemparkan kepadanya dan PBSNT.

"Saya rasa ia bukanlah perkara yang betul (meletak jawatan) kerana PBSNT telah membawa pasukan bola sepak Terengganu ke tahap yang cukup baik sejak bebe- rapa tahun lalu.

"Jadi, saya anggap apa yang berlaku ini hanyalah salah faham dan mungkin kerana para menyokong mendapat maklumat yang salah mengenai PBSNT.

"Saya tahu mereka sayangkan bola sepak Terengganu dan sebab itu saya sedia berjumpa dengan wakil mereka untuk perjelaskan segala isu yang dibangkitkan. Tidak kira di mana dan bila-bila masa, saya sedia berde- pan," kata Che Mat kepada Kosmo! Ahad semalam.

Che Mat yang juga bekas naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mula memimpin PBSNT sejak 1998 dengan rekod terbaik dicapainya ketika Terengganu muncul juara Piala Malaysia 2001.

Namun sejak detik itu, prestasi Terengganu kembali suram sebelum kehadiran Irfan Bakti pada 2010 yang berjaya mencetuskan legasi baharu dengan kejayaan menjuarai Piala FA, selain mara ke final Piala Malaysia musim ini.

Bagaimanapun, pengunduran secara tiba- tiba jurulatih kelahiran Kelantan itu sehari selepas final Piala Malaysia mencetus polemik baharu dalam kalangan penyokong skuad Peteh.

Kemuncak kepada rasa tidak puas hati itu berlaku kelmarin apabila lebih 1,000 penyokong mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak Che Mat meletak jawatan ekoran krisis dan penyelewengan yang berlaku dalam PBSNT.

"Mereka (penyokong) pertikaikan mengapa hanya pemain yang disenaraikan dalam final Piala Malaysia sahaja dibawa ke Kuala Lumpur, sedangkan lima pemain lain tidak.

"Saya ingin jelaskan bahawa PBSNT telah memberi RM500 seorang berserta empat tiket kepada lima pemain itu untuk mereka datang ke Shah Alam. Jadi, tidak timbul soal mereka dianaktirikan," ujarnya.

Menjawab persoalan mengenai dakwaan PBSNT tidak mengagihkan ganjaran RM10,000 kepada pemain setelah memena- ngi Piala FA pada Jun lalu, Che Mat menjelaskan, wang itu diserahkan terus kepada pemain menerusi cek yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

"Bukan PBSNT yang bahagikan duit itu tetapi semuanya telah diuruskan oleh kerajaan negeri. Soal, ada pemain dapat sikit dan ada yang banyak, ia sebenarnya bergantung kepada kategori pemain itu sendiri," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat mengarahkan PBSNT membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan tersebut.

"Buat masa ini, kita tidak menerima apa- apa maklumat mengenai perkara ini, namun kita minta PBSNT buat laporan dan siasatan akan dilakukan jika benar berlaku penyelewengan," jelasnya.


Sumber : Kosmo
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.