Widgets

12 Perkara Untuk Buatkan Suami Terkulai Lentok

Anda  memang  sudah “pakar”  dalam  hal  bercinta.  Namun  apakah  anda  sudah  100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada  pasangannya. Jika anda  merasakan  bahawa anda  masih  belum  mampu  “memuaskan”suami  sepenuhnya,  12 tips yang  dipaparkan  ini  mungkin  mampu  membantu anda.



Berani Berinisiatif 
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya  datang  daripada  pihak  suami.  Sedangkan  isteri  hanya  menunggu.  Ini  kerana  kebanyakan  isteri  berasa  malu  (tapi  mahu)  untuk  mengambil  inisiatif walaupun  mereka teringin untuk  melakukannya. Sepatutnya dalam  kehidupan seks suami  isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab  begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.


Menghias Diri 
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala  kadar   jer.   Penampilan  yang   baik   akan   menambah  semangat   suami  dalam  bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian  yang  bersih  dan  menarik.  Juga  sembur  sedikit  bau-bauan  agar  anda  berbau harum.  Contoh pakaian adalah seperti ini.


Rapikan Kamar Tidur 
Sebelum  bercinta,  rapikan tempat tidur.  Bersihkan tempat tidur anda dari  kain  dan  pakaian yang tidak  berguna. Jika cadar dan sarung  bantal  kotor, gantikan  dengan yang  baru dan  bersih. Jangan  lupa  untuk  menyembur sedikit wangian agar  ruang tidur terasa  nyaman dan wangi. Tempat tidur yang  rapi dan wangi  secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan
anda.


Bersifat Aktif 
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya  sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri,  kedua-duanya  dituntut  untuk  aktif..  Sayangnya,  dalam  perkara  ini  yang  aktif  selalunya  suami.  Isteri  sering  bersifat  pasif  dan  menyerah. Agar  suami  cukup  berghairah,  isteri  perlu  bersikap  aktif  melakukan  ransangan  di tempat-tempat sensitif.


Penuhi Kehendaknya 
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan  rasa   jengkel   dan  marah  si  suami.  Sebenarnya   tiada   alasan  mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan  diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami  itu dipenuhi  isteri,  maka suami  akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.


Tidak Statik 
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini  boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami,  layanilah suami dengan berbagai gaya.


Bersikap Sopan 
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan  sikap yang sopan.  Sikap sedemikian secara  psikologi  mempengaruhi semangat  suami untuk bercinta.


Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam   bercinta   jangan   sesekali   mengungkit   kelemahan   suami,   misalnya  mengungkit  tentang  ukuran  penisnya  yang  agak  kecil  atau  pendek.  Ungkitan  seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.


Tidak Mengeluh 
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat  suami untuk bercinta menurun.


Jangan Banyak Berbual 
Anda mungkin seorang yang suka  berbual. tetapi  perkara ini jangan diamalkan  ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan  tumpuan suami dalam menikmati percintaan.


Bersifat Terbuka 
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu  kemestian dalam  bercinta,  katalah  isteri  tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja.  Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.


Beri Pujian 
Setelah selesai  bercinta, jangan  lupa  untuk  memberikan  pujian atas  kehebatan  suami.  dengan  pujian  suami  akan  berasa  bangga. Tetapi  kalau  suami  kurang  hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan  kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.


Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.