Widgets

Beberapa Fakta Menarik Mengenai Negara Malaysia

Mari kita sama-sama membaca info-info beberapa mengenai negara kita Malaysia. Mungkin ada beberapa info yang kita tidak ketahui sebelum ini. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada kita semua.

1.Program Latihan Khidmat Negara sekarang ini bukanlah yang pertama kali diadakan. Sebenarnya Malaysia pernah mengadakan program Khidmat Negara yang pertama yang lebih mirip kepada kerahan tenaga pada tahun 1962, semasa era Konfrontasi Malaysia-Indonesia. Belia-belia yang berusia di antara 21 dan 28 tahun diambil untuk menyertainya untuk menentang pencerobohan askar-askar Indonesia.

2.Gelaran Tun adalah satu anugerah gelaran yang paling tertinggi yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong kepada tokoh negara untuk sumbangan dan jasa tertentu individu terbabit kepada negara. Gelaran eksklusif ini hanya boleh diberi kepada seramai 25 individu yang masih hidup dalam pada satu-satu masa. Ramai yang tersalah anggap dengan mengatakan bahawa pemegang gelaran Tun dilindungi oleh undang-undang sedangkan undang-undang Malaysia meliputi kesemua warganya.


3.Wang Kelian di Perlis adalah satu-satunya lokasi di dunia yang pernah menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah di dalam gua dengan berskala besar.


4.Ruang gua yang terbesar di dunia terdapat di Gua Niah dalam kawasan Taman Negara Gunung Mulu National , Sarawak, dimana ia dikatakan dapat memuatkan keseluruhan sebuah pesawat Boeing 747-200.


5.Tanjung Piai yang terletak di negeri Johor adalah merupakan kawasan pinggir daratan yang paling selatan sekali untuk benua Asia.

6.Bendera Malaysia yang telah diperkenalkan pada 16 September 1963 direka oleh seorang jurutera JKR Mohamed Hamzah ,yang menhanntar rekaannya di dalam satu pertandingan merekacipta bendera untuk negara Malaysia.


7. Pejabat Daerah Kuala Kangsar adalah satu-satunya tapak terakhir yang mempunyai pokok getah asal yang di bawa oleh H.N Ridley dari London's Kew Gardens dalam tahun 1877.

8. Nama negeri Kelantan ditulis sebagai "Ho Lan Tan", "Tan-Tan" dan "Chich Tu" sepertimana yang terdapat dalam rekod dokumen purba China yang ditulis semasa kurun ke 6 Masihi.

9.Malaysia mempunyai jaringan lebuhraya dan jalanraya sepanjang 65,877 km.

10. Terdapat lebih kurang 60 kumpulan suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak.


11. Panggung wayang wujud di Malaysia pada tahun 1933 dengan filem pertama ditayangkan ialah Laila Majnun, arahan pengarah dari India B.S. Rajhans.

12. Hutan Simpan Belum di Perak direkodkan mempunyai bilangan Harimau Malaya yang terbanyak di negara ini berbanding kawasan Hutan Simpan yang lain.

13. Bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua dan ketiga Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, merupakan antara penuntut Seni Silat Gayong.


Penang Free School di Pulau Pinang

14.Penang Free School merupakan sebuah sekolah aliran English yang tertua sekali di Asia Tenggara. Diasaskan oleh pendakwah Kristian, Sparke Hutchings dalam tahun 1816.


15. Pokok Bintagor yang hanya terdapat di Sarawak, dipercayai mengandungi khasiat di dalam getahnya untuk melawan virus HIV yang menyebabkan penyakit AIDS.

16. Waktu tempatan untuk Semenanjung Malaysia pernah diubah beberapa kali. Pada 31 Disember 1932, ia diawalkan 20 minit oleh penjajah British untuk 'memanjangkan' waktu siang. Pada 1 September 1941, ditambah lagi 10 minit pula oleh Jepun dan kemudian dipercepatkan kepada 2 jam awal untuk mengikut waktu Tokyo; kemudian tahun 1945 waktu dikembalikan pada seperti tahun 1941. Kemudian pada 1 Januari 1982, waktu Semenanjung Malaysia dan Sarawak digerakkan 30 minit kehadapan untuk menyamai waktu Sabah, dan ianya tiada perubahan sehingga ke hari ini. Jadi waktu sebenar hari ini di Semenanjung Malaysia boleh dilihat melalui waktu di Negara Thailand yang lewat satu jam.

17.Kota Bharu Kelantan adalah tempat pertama pendaratan oleh tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua. Dengan hanya mengayuh basikal, gerombolan tentera Jepun pimpinan Jeneral Yamashita berjaya menakluki Semenanjung dalam masa hanya 45 hari sahaja.

18. Kaum Sikh yang pertama menetap di Malaysia ialah 110 orang askar berketurunan Sikh yang dibawa masuk pada tahun 1873 oleh Kapten Tristram Speedy, seorang Residen British di Perak ketika itu.


29. Landasan keretapi pertama di Malaysia ialah yang menghubungkan Port Weld (sekarang dikenali Kuala Sepetang) dengan bandar Taiping, dibina oleh British pada tahun 1885 sepanjang 13.6 km.

20. Seekor ular tedung King Cobra yang ditangkap hidup-hidup di sebuah tempat di Port Dickson pada April 1937 dikatakan yang terpanjang pernah direkodkan di dunia ketika itu dengan ukuran panjang 5.54 meter. Kemudian ia dipindahkan ke Zoo London sebelum ia membesar sehingga mencapai 5.71 meter sebelum mati di sana beberapa tahun selepasnya.


Tanah perkuburan Yahudi di Georgetown

21. Malaysia mempunyai satu-satunya kawasan perkuburan Yahudi yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin di Georgetown, Pulau Pinang dengan 120 buah tapak kubur yang tidak bertambah-tambah.


Lapangan Terbang Sungai Besi

22.Lapangan terbang antarabangsa yang pertama di Malaysia ialah di Kem Lapangan Terbang Sungai Besi , Kuala Lumpur.

23. Secara kebetulannya lima Pilihanraya Umum negara diadakan dengan tahun yang sama Kejohanan Piala Dunia berlangsung : 1974 (Jerman), 1978 (Argentina), 1982 (Sepanyol), 1986 (Mexico) and 1990 (Itali).

24. Kok Shoo Yin menjadi orang pertama dari bukan bumiputera yang memegang sijil sah kerakyatan Tanah Melayu pada 14 November 1957.


Bangunan Sultan Abdul Samad

25. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pernah diberi tanggungjawab menjaga dan memulihara menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad selama 108 tahun.
Komen Facebook
1 Berikan komen anda

1 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger :

nyaris aku pegi wang kelian smlm..tp minyak motor lak kering,,hehe terpaksa balik

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.