Widgets

'Sabar bukanlah perkara yang boleh diakukan..'




Sabar bukanlah perkara yang boleh dilakukan dengan kata-kata, tetapi sabar adalah perlakuan dalam menghadapi peristiwa sehari-harian.

Sabar bukan perkara yag boleh dilunaskan dengan penjelasan, tetapi sabar adalah tindak-balas anda terhadap apa juga kejadian yang datang kepada anda..

Setiap anda merasakan bahawa anda orang yang sabar bukan?  Tetapi, apakah kesabaran itu benar-benar terlaksana di dalam perlakuan anda?

Apakah anda benar-benar sabar dalam menghadapi peristiwa yang datang dalam kehidupan anda? Semak ini!

Dari kesibukan persiapan keluarga di awal pagi, dengan kesesakan perjalanan, dengan karenah dan birokrasi di tempat kerja?

Dengan percakapan dengan rakan sekeliling anda, adakah anda bernar-benar melaksanakan sabar? Di sini misalnya, ketika anda bertentang pendapat dengan rakan-rakan anda, dengan sedikit kata-kata yang mungkin agak menyakitkan, berapakah tinggi kesabaran anda?

Untuk melestarikan kesabaran anda tidak cukup dengan pengakuan. Anda harus mula dengan menyemak dalam diri anda..

Dan, anda tidak akan mencapai kesabaran yang selayaknya selama anda masih melihat bahawa segala peristiwa yang datang, datangnya dari tangan makhluk..
.
Salam muhibbah..
Komen Facebook
4 Berikan komen anda

4 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.