Widgets

Johan Raja Lawak diboikot ?

Johan Nama, Johan Raja Lawak bukan lagi asing dalam industri hiburan.Tidak hairanlah jika dia mampu menyandang gelaran Pelakon Komedi Popular menerusi Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini.

Namun, dalam kerancakan mengejar kerjaya seninya, timbul pula pelbagai kontroversi yang membabitkan pelawak kegemaran ramai ini.

Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz, 28, dikecam hebat apabila lakonannya sebagai profesor dalam sebuah video bersama Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik, membangkit kemarahan penyokong perhimpunan Bersih.

Isu ini turut dipanjangkan menerusi satu akaun, Facebook, 'Kami Boikot Johan Raja Lawak', sebagai tanda tidak puas hati segelintir pihak terhadap pelawak tersohor ini.

Rata-rata membuat permohonan agar Johan tampil memohon maaf di atas tindakannya yang dianggap menyentuh isu sensitiviti masyarakat. Zass cuba mendapatkan Johan, namun gagal. Bagaimanapun, isterinya Ozlyn, sedia memberikan kerjasama.

Terkejut dengan berita itu, Ozlyn yang juga merupakan pelakon, memohon agar perkara ini tidak diperbesarkan.

“Kami tidak tahu apa-apa pun kerana kami baru sahaja pulang bercuti daripada Australia. Johan tidak pernah bagi tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Kemungkinan besar, dia tidak mengetahui isu ini. Jadi, saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan. Lagipun kami tak tengok lagi video itu.

“Kami tidak memerlukan sebarang kontroversi, namun, jika ada ketelanjuran dan silap yang Johan lakukan semasa ‘on air’, itu tidak disengajakan,” katanya yang juga bertindak sebagai pengurus Johan.

Ozyln berkata, dia sering menasihati Johan agar tidak keterlaluan ketika membuat persembahan. Namun ada kalanya, suaminya gagal mengawal keadaan apabila membuat persembahan secara langsung. Namun dia yakin, Johan tidak mempunyai agenda lain melainkan hanya untuk menghiburkan peminat.

Berhent i berlako n?

Tidak berkesempatan untuk menguruskan pelbagai perkara dalam satu masa, Johan terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti berlakon untuk sementara waktu.

Menurut Ozlyn, Johan masih terikat dengan banyak perkara yang memerlukan dia menolak sebarang tawaran untuk berlakon buat sementara waktu.

“Johan tengah sibuk dengan Super Spontan dan juga stesen radio, Era FM. Jadi, jadualnya sangat padat buat ketika ini. “Selain itu, kami juga bakal menghasilkan program komedi sendiri yang bakal disiarkan di televisyen.

Namun, ia masih di peringkat perbincangan lagi. “Kami tidak boleh menguar-uarkan perkara itu kerana masih di peringkat awal,” katanya.

cuba baca komen ni ...
=======================================================================
alah bodoh nyer manusia...klo sesiape yg x sokong pendapat dia ....terus jadi musuh terus boikot....terus benci terus putus saudara...BODOH nyer serius bodoh...baru2 nih neelofa retis kegilaan ramai yg hot baru2 nih sokong kenyataan Hairy jamaludin...dalam debat PTPTN....pon nak boikot ker.....boikotlah....sumer
boikot sape sokong BN....PKR Bersih ...mesti boikot........WOI ORG POLITIK YG BODOH KORANG BODOH SBB FANATIK DGN POLITIK ILANG AKAL AKU TGOK DAH....SEMPIT SGT PIKIRAN...padahl itu hak masing2....sape diaorang nak sokong....diorang retis ker sape ker...itu hak individu...kate PKR ..perjuang hak leberalisme......ini ker liberalisme tak hormat pandangan org lain...
 
=======================================================================
apa pulak nk heboh..msg2 ade pndirian msg2..bile Aisyah,Abby sokong Pakatan..UMNO steady jer..hurmatlah pndirian dye..br mcm ni nk boikot..tkyahlah nk susah2..rezeki depa Allah yg beri..dlm jenaka itu pun bye bukan ada sbut mn2 parti...relaxslaa...
=======================================================================

Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Saye sokong 1000% pndpt korang kat atas tuu..terlalu fanatik..very the vongokkk..mcm ko yg bertanding ..hal agama x nk pulak korang fanatik..statmnt Neelofa yg sokong kj dlm Twitter tu pun dah kene kutuk ..pelik kalau ye pun sokong parti lain agak2 la..korang msih berada bwh kerajaan BN..msih guna perkhidmatan dn keselesaan yg di sediakn kerajaan..agak2 lah kalau nk bermusuh dgn kerajaan sendiri...negara msia demokrasi..sume boleh bersuara..jgn nk main boikot2 klau seseorg sokong the other path..ni la simbol pemikiran org melayu yg amat2 menyedihkan aku..suka meletakkn benda remeh sbg keutamaan..korang sekolah lah..buatlah mcm org sekolah..jgn nk emosi...marah..berang pasal benda yg remeh.. kena bersikap profesional... Benda2 fanatik mcm ni biar ng jiran jer yg buat..msia patut ubah cara berfikir..kang x pasal2 rakyat berpecah belah..biarlh menteri gaduh..rakyat jgn ikut tradisi menteri2 yg kurang bijak ini..ikut mana yg baik..benda2 bodoh jgn ikut..siapa yg boikot org lain semata- mata pendapat berbeza jgn tinggal kat msia..ANDA PATUT MIGRATE KE NG JIRAN BAWA SEPANDUK BUAT DEMONSTRASI..JGN TIDUR DI RUMAH TP TIDUR JER KAT JLN RAYA..BUATLAH SEBAGAIMANA INDONESIA PERNAH BUAT KAT MSIA " GANYANG MSIA" TU..ITULAH STANDART PEMIKIRAN PEMBOIKOT..MENYAMPAH AKU...SAMPAI BILA NK MAJU HAA????

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.