Widgets

Kesalahan penggunaan nombor plat sendeng atau senget


JPJ Terengganu mengesan ‘trend’ terbaru pemandu kereta di negeri ini yang menggunakan nombor plat hadapan yang diletakkan dalam kedudukan senget, sekali gus membuatkan ia sukar dilihat.

Keadaan itu mengelirukan serta menyukarkan penguat kuasa JPJ ketika operasi dilakukan selain nombor pendaftaran itu juga sukar dirakam oleh kamera di zon perangkap had laju.

Ekoran kesalahan terbabit yang dikategorikan dalam kesalahan teknikal, beberapa kereta turut dikenakan kompaun dan diberikan notis arah periksa oleh JPJ pada Operasi Pengarah yang dilakukan di sempadan Terengganu-Pahang, di Kampung Geliga, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Untuk kesalahan penggunaan nombor plat sendeng atau senget ini kita turut kenakan hukuman mengikut Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2010) iaitu kompaun sebanyak RM100 tetapi jika lewat dibayar dalam tempoh yang ditetapkan kompaunnya boleh meningkat kepada RM150 dan RM250.

Sinar Harian.

Patuhilah Undang-Undang..
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.