Widgets

Lagi Kenderaan terbabas masuk longkang berhampiran IPGMKTAA


Kenderaan terbabas masuk longkangKUALA LIPIS - Seorang pemuda nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan berhampiran Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Mangsa, Ali Husin, 33, berkata, ketika kejadian, dia sedang memandu berseorangan dari arah Padang Tengku menuju ke Kuala Lipis.





Kenderaan pacuan empat roda yang terbalik akibat jalan licin dalam satu kemalangan, kelmarin.

Juara Versus“Ketika itu, hujan renyai-renyai. Apabila sampai di tempat kejadian, kereta saya hilang kawalan akibat jalan licin dan terbabas ke kanan jalan,” katanya, di sini, kelmarin.

Ali berkata, kenderaan terbabit seterusnya berpusing dan terbalik ke dalam longkang.

Walaupun kenderaan yang saya pandu mengalami kerosakan teruk namun saya tidak mengalami kecederaan.

“Saya bersyukur kerana tidak cedera. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandu terutama ketika hujan,” katanya kepada Sinar Harian.

Pssssttt : Dah banyak kali berlaku kejadian yang sama kat sini ... harap berhati-hati la semua kawan2 di ipg lipis .. hohoho ..

sumber : Sinar Harian


 
 
Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.