Widgets

Petua Menggelakkan Mabuk Kenderaan

Sesetengah orang akan berasa mual, mabuk dan muntah-muntah apabila berjalan jauh ( dengan kenderaan). Cara yang paling mudah untuk menangani masalah ini, ialah dengan menutup penghawa dingin kereta dan membiarkan udara dari luar masuk. Tapi tidak semua orang berasa selesa apabila tidak memasang penghawa dingin. Berikut saya kongsikan petua untuk menggelak mabuk kenderaan. Semoga perjalanan anda lancar selepas ini.

1. Madu asli

Campurkan madu tersebut dengan sedikit garam dan minum dengan sedikit air sebelum anda memulakan perjalanan.

2. Ubi keledek


Basuh ubi keledek dengan air panas kemudian kupas kulit. Sesudah itu, potong kecil-kecil dan jadikan sebagai makanan sepanjang perjalanan.

3. Halia


Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu atau anda juga boleh memasukkan hirisan halia ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan





.









Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.