Kanak-kanak yang menghidap asma biasanya tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang lasak. Tetapi, kanak-kanak adakalanya sukar untuk di kawal. Hidup tanpa sebarang aktiviti yang menyeronokkan tentunya membosankan baginya. Terdapat beberapa Petua merawat penyakit asma yang boleh kita gunakan untuk mengurangkan masalah ini.
1. Bawang putih

Ambil lima ulas bawang putih dan dihiris nipis. Rebuskan hirisan bawang putih itu dengan segelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi separuh. Sejukkan. Apabila telah sejuk, tambahkan satu camca teh madu asli dan minum setiap pagi selama sepuluh hari.
2. Daun buluh
Ambil dalam sepuluh helai daun buluh, tumbuk lumat dan campurkan sedikit air. Kemudian perah airnya dan tapis. Tambahkan air hasil tapisan itu dengan setengah gelas air masak lalu di minum.
3. Lengkuas ranting
( maaf, photo tidak dapat dikenal pasti -mohon pertolongan ahli yang mahir-terima kaseh)
Ambil kira-kira satu buku lengkuas ranting dan tumbuk. Bancuh dengan setengah gelas air. Tapiskan dan campur dengan satu camca teh madu lebah asli. Amalkan meminumnya setiap malam sebelum masuk tidur.