Widgets

Keputusan Penuh Undian Jadual Kumpulan Liga Juara-juara Eropah.

Keputusan Penuh Undian Jadual Kumpulan Liga Juara-juara Eropah.

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Kejohanan Liga Juara Juara Eropah telah pun berlangsung semalam menyaksikan beberapa pertembungan menarik terutama dalam kumpulan D.

Empat pasukan yang menjurarai liga domestik masing-masing bakal bertemu sesama sendiri dalam kumpulan D, selepas Manchester City (England) ,Real Madrid (Spain), Ajax
Amsterdam (Belanda) dan Borussia Dortmund (Jerman) diundi dalam kumpulan maut iaitu kumpulan D.

Manakala Chelsea, yang merupakan juara bertahan Liga Juara-Juara pula diundi dalam kumpulan E bersama Shakhtar Donetsk, Juventus dan Norsjaelland. Manchester United dan Arsenal dijangka mampu melepasi halangan peringkat kumpulan. The Gunners di undi dalam kumpulan B bersama Schalke, Olympiacos dan Montpellier sementara United akan bertemu Braga, Galatasary dan CFR Ciuj dalam kumpulan H.

Sementara itu, finalis tahun lalu Barcelona diundi bersama Celtic, Benfica dan Spartak Moscow dalam kumpulan G. Perlawanan pembukaan akan berlangsung pada 19 dan 20 September 2012 (waktu Malaysia) ini.

Berikut merupakan keputusan penuh undian kumpulan Liga Juara Juara Eropah 2012/2013.
 
 
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.