Widgets

Kompleks Pelancongan Kuala Tembeling

Pekan Kuala Tembeling adalah pintu masuk ke Taman Negara Kuala Tahan bagi pelancong yang memilih perjalanan melalui sungai.

Di Pekan Kuala Tembelinglah, Sungai Jelai dan Sungai Tembeling bercantum membentuk sebuah kuala dan bermulanya Sungai Pahang. Kuala Tembeling terletak sejauh 16 km dari bandar Jerantut. Sebuah terminal baru sedang dibina bagi menggantikan jeti yang sedia ada.

Melalui jeti ini pengunjung-pengunjung ke Taman Negara akan melalui jalan sungai sejauh 59 km dengan menaiki bot yang memakan masa selama lebih kurang tiga jam perjalanan. Pengunjung-pengunjung juga boleh menggunakan jalan darat melalui Felda Padang Piol dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda terus ke Kuala Tahan dengan perjalanan lebih kurang satu jam.

Jalan utama ini boleh menghubungkan bandar Jerantut dengan Raub,Kuala Lipis dan Ke Kota Bahru.Jeti Taman Negara sememangnya terletak di Kuala Tembeling.

Kedai kedai pekan lama Kuala Tembeling nampaknya telah banyak yang runtuh dan sejak terbinanya Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling saolah olah pekan lama ini terbiar dan jika ada pun rumah tinggal menunggu masa untuk menyembah bumi.

Pekan kecil Kuala Tembeling ini ditinggalkan setelah terbinanya komplek pelancongan yang cuma 500 meter sahaja dari pekan tersebut. Komplek yang didirikan untuk kemudahan para pelancong untuk ke Kuala Tahan itu turut menempatkan pusat penerangan dan bangunan-bangunan kedai. Barangkali pemilik-pemilik kedai di pekan lama sudah berpindah ke komplek yang baru dibina ini.

Jalan masuk ke Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling



Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling



Sekitar didalam Kompleks Pelancungan Kuala Tembeling.

Salah satu faktor lagi yang menyebabkan pekan Kuala Tembeling semakin menyepi ialah kemerosotan jumlah pelancong yang menggunakan laluan ini untuk ke Kuala Tahan. Ini disebabkan pembinaan jalan darat yang menghubungkan Sungai Retang terus ke Kuala Tahan. Pelancong-pelancong tidak perlu lagi menaiki bot di Kuala Tembeling sebaliknya mereka boleh terus memandu sendiri atau menaiki bas untuk ke Kuala Tahan.


Pekaan lama Kuala Tembeling.

KUALA TEMBELING

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.