
Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
- Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
- Isnin - 21 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
- Khamis - 25 Ramadhan
- Sabtu - 23 Ramadhan
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Itu sahaja dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. wallahu'alam.