Widgets

Anak Terengganu pertama ditawar Ph.D ke Oxford | Bekas Pelajar SESMA


Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Samsudin (gambar), 24, sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila muncul anak negeri pertama ditawarkan mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) di universiti paling berprestij di dunia itu.

Anak kedua daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu itu akan memulakan pengajian peringkat Ph.D bermula bulan ini.

Kejayaan anak kepada seorang pesara kerajaan itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Razali Mahmud, di sini hari ini.

Menurut Razali, Mohd. Firdaus mendapat tawaran itu berdasarkan keputusan cemerlang yang diperolehi melalui tugasan kajian serta penyelidikan yang dijalankannya pada awal pengajian peringkat sarjana.

"Kita percaya kejayaan Mohd. Firdaus menyambung pengajian ke peringkat Ph.D dalam masa begitu singkat menjadikannya anak Terengganu pertama menerima tawaran itu di Universiti Oxford itu," katanya.

Beliau seterusnya berharap, kecemerlangan yang diraih pelajar berkenaan bukan sahaja membanggakan seluruh rakyat negeri ini malah akan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan serupa.

Mohd. Firdaus, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud di sini sebelum ini berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membolehkannya merangkul anugerah Pelajar Cemerlang SPM Peringkat Kebangsaan 2005.

Pelajar itu kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang bioteknologi di Imperial College London selama tiga tahun dan berjaya mencapai keputusan kelas pertama.

Selepas itu, dia mendapat tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana selama dua tahun dalam bidang biokimia di Universiti Oxford hujung tahun lalu atas tajaan Yayasan Terengganu sebelum terus ditawarkan ke peringkat Ph.D di universiti yang sama. Sumber : Utusan

# Tahniah senior !






Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.