
Menurut kenyataan tersebut, ia adalah hasil selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Ke-14 yang diadakan pada 11 September lalu.
"Keputusan ini dibuat kerana bunyian daripada vuvuzela dan alat-alat bunyian yang seumpama dengannya adalah mengganggu dan boleh menjejaskan konsentrasi dan tumpuan pegawai pertandingan dan pengadil. Ia juga mengambil kira kesan kesihatan terhadap pendengaran.
"Sehubungan itu, semua persatuan bola sepak negeri dan kelab hendaklah mematuhi keputusan ini berkuat kuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan yang selari dengan Perkara 4.9.1(ii) dengan sebaik-baiknya dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mengelakkan vuvuzela dan alat-alat bunyian seumpama dengannya dari dibawa masuk ke dalam stadium," jelas kenyataan itu semalam.