Widgets

DJ Radio Best104 Diculik! Nyaris Dibunuh, Bakar Kerana Tolak CINTA

Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lepas.

Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

Bagaimana ia berlaku Julie memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang dia naiki. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum keretanya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba. Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke lehernya. Dia menarik Julie keluar dan memaksa menaiki keretanya. Sebaik sahaja dia masuk, mukanya segera diserkup dengan kain dan tangannya pula diikat.

Diculik kerana cinta tak berbalas

Apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.

Untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher Julie dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran.

Kebetulan kain yang menutupi muka Julie tersingkap sedikit, dan dari situ dia dapat lihat mereka berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak dan mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta Julie menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin.

Bagaimana Julie terlepas
Julie kemudian disuruh menaiki kereta sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya dia kerana merasakan waktu kematian hampir tiba. Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya. Mereka buka ikatan tangannya tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu dia , ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,



“Mereka beri dia duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang.

Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan. Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.


Berita : Utusan Malaysia

Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.