Widgets

Lembu Gergasi Paling Berat Dan Terbesar Di Dunia



Rata-rata daripada pernah menonton rancangan program yang memaparkan 




sukan berbahaya iaitu orang yang paling lama bertahan di atas seekor seladang. Akibat daripada aktiviti tersebut, ramai yang telah terkorban, tercedera akibat

tercampak kerana seladang merupakan haiwan yang sangat agresif.

Namun terdapat seekor lembu gergasi jantan seakan-akan seekor serdang yang beratnya lebih 1,587 kilogram (kg) dan berusia lapan tahun dipercayai bukan sahaja paling berat di Britain, tetapi mungkin juga di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.


Lembu gergasi itu memiliki berat 1,587kg selepas ia ditimbang pada tahun lalu tetapi berat sebenar lembu tersebut pada tahun ini masih belum diketahui. Lembu gergasi berjantina jantantersebut akan ditimbang semula pada satu pertandingan amal yang meminta orang ramai meneka berat lembu gergasi itu.

Pemilik lembu itu, Arthur Duckett, 79, tidak menyatakan jumlah sebenar berat lembu gergasi itu tetapi memberitahu ia lebih berat pada tahun lalu. “Dia (lembu itu) masih membesar. Lembu itu seekor haiwan yang baik. Saya menyukainya,” kata Duckett.

Menurutnya, dia mencabar orang ramai untuk meneka berat sebenar lembu gergasi itu pada pertandingan amal di North Petherton, Somerset pada 7 Disember ini.

Berapa kali ganda berat lembu ni berbanding dengan anda ? haaaa ...
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.