LINE merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat dari Korea Selatan, iaitu NHN Corporation, yang sememangnya popular dengan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan web mereka – NAVER.
Apa yang kami tertarik dengan LINE berbanding platform permesejan yang lain adalah sokongan perisian untuk komputer (Windows), selain daripada aplikasi mudah-alih untuk platform iPhone, Android dan juga Windows Phone.
LINE, seperti pelbagai aplikasi permesejan yang lain, menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma, dan para pengguna sekadar memerlukan talian internet padanya, untuk penghantaran dan penerimaan data.
Memandangkan sememangnya kebanyakkan pengguna telefon pintar mempunyai akses internet, ia mungkin bukan suatu masalah yang besar dalam menggunakannya.
Sumber dari Amanz.my
Link
betul ke ?
kalau Whatsapp cuma boleh mesej,
free pun setahun je lepas tu kena charge ... LINE ni boleh mesej & call. FOC