Widgets

Graduan Guru Akan Ditemuduga Selepas Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Tanda tanya ribuan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seluruh negara mengenai penempatan mereka akhirnya terjawab apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka bakal dipanggil untuk sesi temuduga selepas Tahun Baru Cina..

Mesyuarat antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membincangkan penetapkan tarikh dan mencari langkah terbaik kaedah mempercepatkan proses temuduga.

Menurut Datuk Wee dalam akaun twitter @WeeKaSiongMP, "pihak SPP akan mengumumkan berkenaan perkara ini sekiranya keputusan telah dibuat".

Graduan ISMP yang telah mengangguh selama 1 tahun perlu membuat persiapan bagi sesi temuduga ini agar hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin untuk melahirkan guru yang berkualiti tercapai.-PutrajayaOnline

.. alhamdulillah ... tahniah senior ...

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.