Bila pelancong luar datang ke Terengganu, pasti perkara pertama yang dicari adalah keropok lekor, makanan yang paling digemari oleh rakyat Terengganu dan orang luar Terengganu. Ramai yang sudah terliur apabila memikirkan keenakan keropok lekor yang direbus dan digoreng panas yang banyak dijual di tepi jalan-jalan utama di Terengganu.
nak cam kedai ni macam mana ? tengok jer kat papan tanda tu ,
ada gambar perahu kecil kat bawahnya ... haha
mendarat di Kedai Kerepok Sukaramai ... Maras, Batu Rakit ...
antara yang terbaik kerepok lekor , kerepok keping dan macam-macam lagi la ...
gaya pilih macam nak beli banyak je tu .. hehe ...
memang banyak pun beli .. hantu kerepok ...
jual kerepok muka serius gila ... aduhhh .. x mesra pelanggan langsung ...
mohon berubah ye kak .. maniskan senyuman anda ...
tengok je ke bang ? hahha ... "beraluh" tu pilih ....
Jadi jika anda ingin membeli keropok lekor, singgahlah ke kedai Keropok Lekor Sukaramai ini kerana anda pasti tidak akan kecewa dengan keenakan keropok lekor yang menaikan selera anda.
Bereh boh !