Widgets

Masih Aku Cinta Lagu Shila Amzah Buat Sharnaaz Ahmad


Bilakah kisah Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad bakal berakhir? Inilah pertanyaan yang sering menghantui fikiran selepas melihat setiap hari ada saja kisah Shila dan Sharnaaz diperkatakan.


Hari ini, pintu rumah diketuk pula dengan berita mengatakan Shila telah menulis sebuah lagu baru yang ditujukan khas buat Sharnaaz.



Dalam lagu yang telah dinyanyikan dengan iringan muzik gitar saja, Shila telah menamakan lagu tersebut berjudul Masih Aku Cinta.



Difahamkan lagu berkenaan adalah gambaran hati Shila terhadap Sharnaaz yang disayanginya. Walaupun lagu tersebut bukanlah lagu yang siap sepenuhnya, namun pasti lagu ini bakal menjadi tanda sejarah terhadap percintaan mereka.


Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)



Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada



Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,'kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka



Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta



Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua



Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.