BINTANG Barcelona, Lionel Messi boleh di katakan pemain bola sepak terkaya masa ini apabila menyambung kontrak untuk enam tahun lagi bersama Barca dengan nilai gaji yang bakal diterima £102 juta (RM497.6 juta) sehingga 2019.
Jumlah itu bermakna Messi bakal menerima bayaran sehingga £17 juta (RM82.9 juta) setahun atau kira-kira RM1.7 juta seminggu.
Pemenang empat kali berturut-turut Ballon d’Or itu mengesahkan perjanjian tersebut kelmarin, bagaimanapun klausa berhubung jual beli pemain tersebut masih kekal dengan harga £210 juta (RM1,024 juta).
Messi, 25, sehingga kini kekal sebagai penjaring terbanyak liga dengan 91 gol peribadi dan berjaya mencipta 34 jaringandi La Liga, setakat ini.
Dengan termeterainya perjanjian baru itu, menguatkan lagi kenyataan Messi yang mahu menamatkan kerjayanya di Barca.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak akan berhijrah ke mana-mana kelab di Eropah dan akan mengakhiri kerier di sini,” katanya.