Sebenarnya tak banyak pun yang saya tahu pasal kereta ni. Saya sempat usha kereta ni sehari sebelum dihantar ke PWTC. Terpegun melihat kereta ni pada saat pertama melihatnya. Macam tak percaya yang kereta ni direka oleh orang Malaysia sendiri. Kalau tak lekat emblem perodua pada kereta ni, sure takkan percara yang kereta ni rekaan tempatan.
Tak dinafikan kalau orang cakap kereta ni ada mirip-mirip Prius. Saya pun berfikir macam tu jugak. Mungkin Prius dijadikan reference. Lagipun rekabentuk automotif sebenarnya common pada era-era tertentu. Konsep B-pillarless dan sliding door ialah sesuatu yang menarik dan kelihatan futuristik. Pada pandangan saya, jika dilihat pada lampu hadapan dan belakang, ruangan dalam, dashboard memang semuanya berciri futuristik.
Saya tak tahu apa sebenarnya maksud di sebalik nama Bezza ni. Bunyi macam orang cakap 'best ar' pun ada atau pun ianya menunjukkan kereta adalah sesuatu yang berbeza berbanding kereta lain kereta lain?
Perlu diingat, ini ialah kereta konsep sahaja. Tidam semestinya akan di-mass pro. Kalau mass pro, takkan sama 100% dengan concept kerana terdapat beberapa constraint dari segi pembuatan and enginnering constraint, cost, practicality, functionality dan lain-lain. Peranan kereta konsep tidak lain ialah untuk membuktikan capability dari segi styling dan juga untuk mendapatkan feedback daripada orang lain.
Walaupun kelihatan seperti Electric Vehicle (EV), tetapi ianya tidak akan menjadi EV berdasarkan rancangan kerjasama Perodua dan Daihatsu. Ianya mungkin akan digerakkan oleh enjin 1.5L, standard untuk kereta sedan. Cuma aku harap kereta ini akan menggunakan gearbox CVT untuk lebih penjimatan petrol.
Dari segi harga, saya rasa macam agak mahal jugak consider dengan kecanggihan pada kereta konsep ini. Tapi saya yakin, ianya takkan dihasilkan 100% seperti konsep, maka mungkin harga akan jadik lebih reasonable.
Anyway, saya mmg salute dengan kereta ni dan part yang aku paling suka ialah lampu belakang. Design lampu belakang ni menjadikan Bezza lebih terserlah dan menarik. Masa KLIMS 2010 hari tu, saya memang terhibur dengan presentation Perodua. hehe