Widgets

Pearl Mini Sasar Golongan Belia | Model Baru Telefon Pintar Rebat RM200

Syarikat teknologi peranti mudah alih Asia, Ninetology Marketing Sdn Bhd (Ninetology), optimis mencapai jualan 100,000 unit bagi telefon pintar model terbarunya Pearl Mini yang disasarkan kepada belia, dalam tempoh 45 hari selepas pelancarannya, semalam.


Ninetology juga yakin akan meningkatkan penguasaan pasaran kepada 12 peratus menjelang hujung tahun ini bagi segmen telefon pintar berbanding 5.2 peratus sehingga Februari lalu.

Pelancaran telefon itu serentak dengan kerjasama strategik antara Ninetology dan penyedia perkhidmatan telefon prabayar Tune Talk serta Qualcomm, peneraju teknologi mudah alih masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng berkata, kerjasama dengan dua syarikat itu adalah sebahagian misi syarikat tahun ini bagi memenuhi permintaan pasaran belia yang besar.

“Pasaran mudah alih di Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan menggalakkan sejak sedekad lalu di mana kadar langganan golongan belia melebihi 100 peratus pada semua peringkat umur.

“Telefon pintar kini mula mengambil tempat dalam menggantikan telefon di kalangan pelajar kolej dan golongan profesional muda,” katanya selepas majlis pelancaran Pearl Mini dan menandatangani perjanjian strategik itu di Subang Jaya.

Pearl Mini boleh dibeli pada harga RM399, manakala belia yang layak mendapat rebat RM200 di bawah skim Telefon Pintar Belia 1Malaysia boleh membelinya pada harga RM199.

Tahun ini, Ninetology bakal melancarkan lapan model telefon baru termasuk siri yang dipertingkatkan selain membuka beberapa kedai bagi mengukuhkan operasinya di pasaran tempatan.

Syarikat itu turut menyasarkan perolehan RM120 juta sehingga hujung tahun ini berbanding RM43.5 juta tahun lalu serta menjangkakan pertumbuhan 15 peratus menjelang 2014.

aku dah guna model ninetology stealth 2 .. 
memang puas hati la ... 

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.