Wow ... jutaan tahniah kepada pihak pengurusan kejohanan futsal pada kali ini iaitu JPP IPGKTAA 2013 ... kerana telah berjaya mengisi masa cuti hari pekerja 1 mei dengan aktiviti yang penuh bermanfaat ... alhamdulillah, kejohanan ini dilihat berjalan dengan lancar sekali ...
Pasukan ACONO tidak ingin melepaskan peluang untuk sama sama mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan kali ini ... kumpulan ACONO diwakili oleh ahmadi abidin (goalkeeper) dan para pemainnya ialah aiman zulkifli, adam amirul, fauzan izzat, khairul nazri, wan muhammad hairie dan saya sendiri ... semangat berpasukan sewaktu bertanding telah memberikan impak yang begitu besar pada TEAM ACONO ... mara melangkah ke peringkat separuh akhir adalah suatu pencapaian yang tidak diduga oleh kami. Syukur alhamdulillah.
Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung pada petang tadi, kami bertemu dengan pasukan pilihan kejohanan kali ini iaitu pasukan major PJ, nama team lupa daaa ... Acono ketinggalan 1 gol berbalas 0 pada separuh masa kedua, namun begitu, penyerang prolifik kebangsaan kami, adam amirul berjaya mengegarkan kubu pasukan lawan hasil hantaran aiman manan melalui sepakan penjuru.
Tamat perlawanan dengan kedudukan jaringan 1 - 1 ... diteruskan lagi dengan masa tambahan 2 minit 2 minit. Keadaan begitu sengit antara team Acono dan team Pj .. masing masing mencuba menjaringkan gol untuk team. Namun, sekali lagi penyerang berbisa team ACONO berjaya mencetak jaringan dengan sepakan yang begitu mengelirukan pihak lawan. Kedudukan 2 - 1 memberikan sedikit kelegaan buar team Acono.
Pada peringkat separuh akhir esok, team Acono tidak meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk mara ke peringkat seterusnya kerana ini merupakan kejohanan yang julung kali disertai oleh kami. Namun, team Acono tetap akan cuba memberikan saingan yang sedaya yang mampu.
Majulah sukan untuk IPGKTAA ... SEMOGA PASUKAN YANG BERTANDING ESOK MENUNJUKKAN SEMANGAT JUANG DAN SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI.
ADAT PERMAINAN ADA KALAH ADA MENANG. TERIMA SEADANYA DAN JANGAN BERMUSUH ANTARA KITA SEMUA. SEKIAN.