Widgets

Tertipu Helah Lelaki Menyamar Sebagai Penjual Telefon Di Giant Kuala Terengganu |

Seorang pelajar tingkatan lima berputih mata apabila telefon bimbit yang baru dibelinya lesap dilarikan selepas terpedaya dengan lakonan seorang lelaki yang menyamar sebagai pekerja di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya, kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku selepas setengah jam mangsa, 17, membeli telefon bimbit di sebuah kedai telefon ditemani bapanya.

“Di kedai itu, hanya dijual ‘body’ telefon semata-mata dengan harga RM660 tanpa disediakan aksesori lain menyebabkan mangsa terpaksa pergi kedai berhampiran (lokasi kejadian) untuk membeli aksesori tambahan termasuk memori kad, tanpa ditemani bapanya.

“Setiba di kedai itu, mangsa telah dihampiri lelaki lewat 20-an yang berpura-pura menawarkan perkhidmatan dengan bertanyakan tujuan mangsa ke kedai itu,” katanya.

Sejurus memaklumkan tujuannya, mangsa ditawarkan harga istimewa iaitu satu unit memori kad 8Gb dengan harga RM15 dan teruja dengan tawaran itu, mangsa terus menyerahkan telefon bimbit kepada suspek untuk tujuan memasukkan memori kad tersebut.

“Mangsa menunggu di kaunter hadapan kedai sambil melihat aksesori yang dijual, namun, tidak sampai seminit kemudian, mangsa terdengar seorang jurujual di kedai itu bertanya suspek hendak beli apa.

“Terkejut dengan situasi itu dan baru menyedari suspek tidak memakai baju uniform biru seperti jurujual lain, mangsa terus mendapatkan suspek, namun suspek berjaya melarikan diri,” katanya.

Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.