Dalam rakaman video itu, suspek dilihat menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk menampar dan menendang mangsa beberapa kali sehingga keluar dari lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Insiden itu turut diperhatikan oleh dua orang anak mereka.
Mengenai insiden terbabit, menurut laporan berita, pihak Polis kini sedang mengesan suspek. Suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu, dipercayai telah menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian itu.
Dalam pada itu, pihak polis turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
Video rakaman suami belasah isteri dalam lif yang disebarkan di internet.