Widgets

Alex rancang buat kenduri | Azammuddin Akil |


“Alex pernah menyuarakan hasrat untuk membawa Piala Malaysia ke Kampung Relong dan berkongsi kegembiraan menjulang piala paling berprestij itu bersama peminat setia daerah ini”.

Demikian kata Azmi Rais Mohd Akil, 30, abang kepada penyerang Tok Gajah, Azammuddin Mohd Akil atau lebih dikenali Alex tentang impian adiknya setelah Pahang berjaya menewaskan pasukan Kelantan di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

“Alex telah lama memasang cita-cita untuk membawa pasukan Tok Gajah beraksi di final Piala Malaysia sekali gus mengakhiri penantian 21 tahun pasukan Pahang memenangi piala berkenaan.

“Nyata impian Alex tercapai dan kami sekeluarga turut memanjatkan kesyukuran kerana dia turut dinobatkan sebagai Watsons Stylish Player,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Azmi berkata, walaupun Alex mengalami kecederaan namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk sama-sama berjuang bersama ahli pasukan yang lain bagi memastikan kejayaan Tok Gajah membawa pulang Piala Malaysia.

“Beberapa jam sebelum pertandingan bermula Alex ada menghubungi ibu (Roziah Kh Kasim) dan menyatakan kecederaan yang dialami tidak akan mematahkan semangatnya untuk beraksi hingga tamat perlawanan.

“Jelas sekali semangat yang ditunjukkan Alex sehingga tiupan wisel penamat dibunyikan membuktikan bahawa dia benar-benar berjuang bagi memastikan kejayaan pasukan Pahang,” katanya.

Azmi berkata, Alex turut bercadang mengadakan kenduri kesyukuran dan menjemput penduduk kampung serta peminat setia Tok Gajah.


“Selepas ini Alex akan menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dan akan ke luar negara. Setelah pulang dari luar negara dan segalanya selesai, dia akan membuat kenduri kesyukuran di Kampung Relong,” katanya.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.