Widgets

Berapa Lama Arsenal Mampu Kuasai Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013 ? haha

ARSENAL terus memberi saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan pesaing terdekat Liverpool, 2-0 di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Dua gol hasil jaringan Santiago Cazorla minit ke-19 dan Aaron Ramsey minit ke-59 cukup memastikan tiga mata untuk The Gunners memimpin liga dengan 25 mata.

Terdahulu di Stadium St James Park, Chelsea gagal mengambil kesempatan memintas Arsenal apabila tewas kepada tuan rumah, Newcastle United, 0-2 hasil jaringan Yoan Gouffran minit ke-68 dan Loic Remy minit ke-89.

Sementara kelab mewah, Manchester City naik ke tangga keempat  liga selepas berpesta gol membelasah Norwich 7-0 di Stadium Ettihad dengan gol sendiri pemain pelawat, Bradley Johnson minit ke-16, David Silva (20), Matija Nastasic (25), Alvaro Negredo (36), Yaya Toure (60), Sergio Aguero (71) dan Edin Dzeko (87) melengkapkan pesta gol The Citizens di laman sendiri.

Penyandang juara Manchester United pula kekal ditangga kelapan liga selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas kelab bermasalah Fulham di Craven Cottage hasil jaringan Antonio Valencia minit ke-9, Robin van Persie (20) dan Wayne Rooney (22) sebelum gol sagu hati tuan rumah dijaringkan Alexander Kacaniklic.

Lain-lain keputusan Hull mengatasi Sunderland 1-0 di Kingston Stadium, Stoke seri 1-1 Southampton di Britainia Stadium, West Brom menang 2-0 ke atas Crystal Palace di The Hawthorns, West Ham diikat 0-0 Aston Villa di Upton Park.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.