Widgets

PROSES PENUKARAN HAK MILIK KENDERAAN DI PUSPAKOM

salam dan selamat malam kawan kawan semua ... malam ni ada satu tips untuk dikongsikan bersama ... iaitu proses menukarkan nama pemilik kenderaan di puspakom ... bunyi macam susah je .. padahal senang je .. bawa kete dan bawa geran kereta tersebut beserta duit rm30 ..


pertama ... bawa kenderaan yang standard tanpa sebarang modifikasi yang diharamkan ke puspakom .. tinted gelap memang xlepas la .. koyak dulu awal awal .. hehee


sampai di puspakom .. masuk kat pondok pengawal keselamatan .. dalam tu ada pegawai polis yang bertugas memeriksa no pendaftaran kenderaan anda dan jika tiada masalah ... anda akan dapat sekeping borang rekod pemeriksaan untuk diisikan ...


lepas tu .. pandu kenderaan mengikut garksan yang bertanda kuning ke pondok bayaran ... bagi kereta rm30 sahaja ... kalau x silap la ... iisi borang tadi dan serahkan geran milik kenderaan anda pada pegawai puspakom kat dalam pondok tu ... tunggu dia proses k ..


lepas tu .. masuk kenderaan ansa ke lorong satu dan terus letak kenderaan anda disitu dan akan datang pegawai untuk memeriksa kenderaan anda ...


lepas siap periksa .. pegawai akan bawa keluar kenderaan anda ke luar dari lorong pemeriksaan ... parking kenderaan anda di tempat yang disediakan ... dan masuk ke pejabat untuk mengambil keputusan pemeriksaan kenderaan anda tadi ..


tahniah .. sekiranya lulus .. hehe


Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.