Widgets

TEKNIK MEMBACA | Mengapa kita membaca sesuatu bahan bacaan ? | SQ3R | KWLH |

Pengenalan
Mengapa kita membaca sesuatu bahan bacaan ? 

Apakah tujuannya ?

Apakah kandungan yang dijangkakan dapat dipelajari / perolehi daripada bahan bacaan ini?

Sebelum membaca buku, artikel atau sebagainya anda sepatutnya memikirkan tujuan @ faedah daripada pembacaan tersebut.

  • Saya ingin menyimpannya dalam ingatan. 
  • Saya ingin tahu gambaran keseluruhan kandungan. 
  • Saya ingin mendapat maklumat bagi menyokong hujah-hujah / bukti. 
  • Saya ingin mendapat maklumat tambahan. 
  • Saya membaca untuk peperiksaan / menjawab soalan. 
  • Saya membaca untuk mengulangkaji. 
  • Saya ingin mencari fakta dan perangkaan yang konkrit. 
  • Saya ingin mengumpul pendapat yang berlainan dalam topik ini. 
Apabila kita ingin mengumpul maklumat daripada bahan bacaan kita memerlukan 2 jenis kemahiran membaca: 

a) Kemahiran membaca pantas

b) Kemahiran membaca kritis.
Untuk membaca pantas kita menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca kritis teknik KWLH dan teknik SQ3R boleh diamalkan. 


SKIMMING 

Skimming membaca secara pantas sesuatu bahan bacaan dengan tujuan memahami idea utama atau tema bahan bacaan berkenaan.


Bertujuan mendapat gambaran keseluruhan tentang sesuatu bahan yang dibaca.


Sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan atau bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah.


Memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapatkan fahaman umum.


Fokus diberi kepada bahagian tertentu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama , rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapatkan gambaran umum tentang buku yang dibaca.


SCANNING


Pembacaan cepat untuk mencapatkan maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.


Boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting.

Ketika membaca kita menggerakkan mata dari atas ke bawah dengan pantas, muka surat petikan yang dibaca, sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari.


Pembacaan scanning lebih cepat daripada bacaan secara skimming.
TEKNIK MEMBACA KRITIS 

· SQ3R

· KWLH


SQ3R merupakan salah satu kaedah membaca yang membentuk para pelajar agar dapat mempersoalkan kesesuaian maklumat dalam sesuatu teks / bahan yang dibaca dengan kehendak tugasan mereka. Para pelajar adalah bertanggungjawab untuk membaca dengan cara SQ3R bagi memperoleh kemahiran membaca.
S (survey) / Tinjauan 

· Pelajar memperoleh satu kefahaman umum terhadap teks yang dibaca sama ada daripada tajuk besar, tajuk kecil, subtopic, gambar-gambar, lukisan grafik dll.
· Pelajar membaca perenggan pengenalan dan terakhir teks. 

TEKNIK KWLH

· Merupakan salah satu teknik membaca secara berkesan.

· Memberi fokus terhadap pengetahuan dan minat pelajar.

· Bertujuan membantu guru dan pelajar mengakses pengetahuan daripada teks nonfiksion.

· Memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada pelajar, tujuan pelajar membaca dan sumber pembelajaran lain dan juga minat pelajar.

K (know) – merujuk kepada apa yang telah saya ketahui – what i know- bertujuan membantu pelajar 

membantu pelajar mengingat kembali apa yang mereka ketahui tentang tajuk / teks.



W (want) – merujuk kepada apa yang ingin diketahui- what I do want to learn- bertujuan membantu pelajar menentukan apa yang mereka ingin belajar- matlamat ditentukan oleh penyoalan.
L (learn) – merujuk kepada apa yang didapati / diperolehi selepas membaca teks- what i learn- bertujuan membantu pelajar mengenal pasti apa yang mereka pelajari iaitu setelah mereka selesai membaca teks. 


H (how) – merujuk kepada bagaimana maklumat tambahan berkenaan tajuk / teks boleh diperolehi.


Langkah pelaksanaan

1. Sebelum membaca (K) guru hendaklah melakukan sumbangsaran ke atas teks / tajuk yang akan dibaca dan dicatatkan di papan putih.Selepas itu guru hendaklah membimbing pelajar mengkategorikan hasil sumbangsaran itu.

Contoh: kucing – tabiat, makanan, musuh dll.
2. W –what i do i want to learn / find out – iaitu cuba mengesan daripada aktiviti sumbangsaran itu dan mengkategori pelajar mengikut minat atau rasa ingin tahu mereka. 

Guru boleh menggalakkan murid membina soalan tentang apa yang mereka ingin tahu. Setelah mereka membina soalan, barulah murid mulai membaca petikan berkenaan dan mencatat maklumat-maklumat yang diperolehi.


3. L –what i learned. – setelah selesai membaca pelajar mencatat apa yang telah dipelajari dan menyemak soalan-soalan yang masih belum dijawab. Semak apa yang telah pelajar ketahui dan apa pula maklumat yang pelajar perolehi daripada teks. Guru cuba cadangkan / sebutkan cara-cara untuk mendapatkan maklumat tambahan.


Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.