Widgets

Al-Fatihah Buat Adik Junior Sesma Batch 34 Allahyarham Irham Rosli

Jertih: Seorang penuntut IPTA ditemui mati lemas di Sungai Kuala Setiu, Kampung Beting Lintang, dekat sini jam 4.40 petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut Hasmadi Jusoh berkata, mayat Mohammad Irham Mohd Rosli ditemui Pasukan Penyelamat Di Air kira-kira satu kilometer dari tempatnya dihanyutkan arus deras jam 9.30 malam tadi.



Katanya, mangsa yang berasal dari Kampung Tempinis, dekat sini, dikatakan menjala udang di sungai berkenaan bersama beberapa rakan.

Menurutnya, selepas beberapa meter mangsa turun ke dalam sungai itu dia dihanyutkan arus deras, namun rakannya dapat menyelamatkan diri.






Beliau berkata, sebaik menerima laporan, pasukan bomba bersama beberapa agensi penyelamat lain dan penduduk kampung segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat namun gagal menemui mangsa sehingga lewat malam tadi.


Katanya, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat petang tadi dan dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.