Widgets

Kerajaan negeri beri pakej umrah untuk guru | Anugerah Jasamu Dikenang

Kerajaan negeri akan memberikan insentif berupaya pakej menunaikan umrah kepada 50 guru terpilih mulai tahun ini sebagai Anugerah Jasamu Dikenang.



Menteri besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rombongan yang dijangka berlepas ke Tanah Suci Makkah pada Jun ini akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib.

Menurutnya, insentif itu bagi mengenang jasa guru yang banyak menabur bakti demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

"Penerima akan dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang mana syarat utama adalah guru yang banyak berjasa sama ada yang sedang berkhidmat, telah bersara atau mempunyai kaitan dengan pendidikan di negeri ini selain telah melakar pelbagai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu kali ke-43 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini, semalam.

Turut hadir, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin.

Ahmad Razif berkata, kuota sebanyak 50 tempat itu juga termasuk guru bukan Islam yang cemerlang, tetapi mereka akan menerima hadiah berupa pakej pelancongan ke mana-mana negara yang nilainya sama dengan pakej menunaikan umrah.

Beliau berkata, pengumuman insentif terbaru khusus untuk golongan pendidik itu jelas membuktikan penghargaan yang sama rata diberikan oleh kerajaan negeri, di mana dalam pengumuman sebelum ini adalah membabitkan atlet Sukan Malaysia (Sukma) yang akan bertanding di Perlis nanti.

Pada majlis dihadiri kira-kira 5,000 warga pendidik itu, Ahmad Razif turut mengumumkan bantuan kepada 494 PIBG dengan sumbangan tunai RM2,000 kepada setiap persatuan. sumber = sinar harian
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.