Widgets

Krisis Terengganu : Mohd Jidin: Adun ke-3 nafi keluar parti

Seorang lagi wakil rakyat BN dari Umno menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada parti itu dan menjadi wakil Bebas seperti tiga lagi wakil rakyat Umno.


Adun Permaisuri yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, dalam mesej melalui SMS kepada Bernama bahawa beliau tetap bersama Umno.

Terdahulu, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman yang juga Exco Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri menafikan beliau akan keluar daripada Umno dan menjadi wakil bebas.

Penafian sama turut dibuat Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Khabar angin tersebar di negeri ini selepas bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan dua wakil BN dari Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi)mengumumkan mereka keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil Bebas.

Dengan perkembangan terbaharu politik itu, wakil BN di Dun Terengganu berkurangan daripada 17 kepada 14.

Pas mempunyai 14 wakil rakyat di Dun dan PKR, satu.

Selepas Ahmad meletak jawatan semalam, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam tadi. - Bernama

Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.