Berang kerana kerete baharunya dilanggar, seorang wanita bertindak mengamuk sambil memukul kenderaan pelanggarnya dengan pengunci stereng.



Menurut sebuah portal, kejadian dipercayai berlaku di Kuantan.

Insiden bermula apabila seorang lelaki warga emas terlanggar kereta wanita itu dari belakang.

Kejadian kemudiannya sempat dirakam pengguna jalan raya lain malahan 'drama' amukan itu turut menyebabkan trafik di kawasn kejadian menjadi sesak.

Video yang menjadi viral di media sosial sejak semalam mula mengundang komen negatif berhubung insiden itu.

sumber : Sinar Harian