Widgets

Teknik Kerusi Panas | Cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas

 Teknik Kerusi Panas



Kerusi panas(hot sitting) ialah satu teknik dalam latihan asas penghayatan watak dan perwatakan. Teknik ini sering digunakan dalam latihan asas teater untuk membuat justifikasi tentang perwatakan sesuatu peranan yang dilakonkan. Biasanya pelakon akan diberikan satu peranan ( berdasarkan skrip) dan pelakon akan cuba mengimaginasikan gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara bercakap, cara berjalan, pemikirannya atau seumpamanya. Pelakon juga dikehendaki mengkaji berapakah umur, watak, gambaran fizikalnya dan bagaimanakah dia bertindak. Dalam aktiviti kerusi panas, kita boleh melihat pelbagai aspek pada diri watak yang dikaji berdasarkan teks yang disediakan.
Langkah pelaksanaan teknik kerusi panas.
  1. Guru memilih seorang murid yang akan memainkan peranan watak sipenjaga panggung dalam cerpen idola.
  2. Murid yang dipilih dikehendaki duduk di atas kerusi di hadapan kelas, menghadap pelajar lain.
  3. Beberapa orang murid mengemukakan soalan kepada si penjaga panggung berdasarkan peranannya sebagai watak utama dalam novel tersebut dan sipenjaga penggung menjawab secara spontan. Semasa sesi penyoalan ini guru mengawal kelas dan menghentikan apabila masa cukup.
  4. Guru  merumuskan watak dan perwatakan si penjaga panggung.
Cara pelaksanaan aktiviti kerusi panas
  1. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.
  2. Setiap kumpulan dibahagikan tugas untuk membincangkan watak dan pereatakan yang telah ditetapkan iaitu watak dan perwatakan si penjaga panggung untuk kumpulan 1, watak dan perwatakan isteri untuk kumpulan 2, dan watak dan perwatakan hero untuk kumpulan 3.
  3. Setiap kumpulan diminta membina soalan untuk diajukan kepada wakil kumpulan yang memegang watak yang telah ditetapkan.
  4. Setelah soalan disiapkan, seorang wakil diminta duduk di kerusi dihadapan kelas. Manakala ahli kumpulan yang lain akan mengajukan soalan kepadanya tentang watak dan perwatakan dan dia akan menjawabnya secara spontan. Di sampin itu, ahli kumpulan dibenarkan untuk menyoal.
  5. Jika pemegang watak tidak menjawab, rakan-rakan dalam kumpulan tersebut boleh membantu. Ketika ini rakan yang menonton akan mencatat watak dan perwatakan dalam lembaran grafik.
Sebagai kesimpulannya teknik kerusi panas digunakan bagi mengajar aspek watak dan perwatakan. Oleh itu, teknik ini dapat menarik minat pelajar pada bidang sastera yang semakin dilupai.  Dengan mempelajari teknik ini, pelajar berpeluang merasai situasi sebenar yang berlaku dalam cerita.

Teknik kerusi panas ini membantu ingatan dan minat murid pelajar serta menimbulkan keseronokan semasa belajar. Guru dapat menerapkan ilmu dan nilai-nilai murni di samping mencungkil bakat pelajar dalam lakonan. Muzik tradisional yang digunakan juga menimbulkan semangat pelajar menjiwai watak iaitu sesuai dengan konsep prosa tradisional. Teknik ini sesuai bagi mengajar prosa tradisional, novel, cerpen atau drama. Ini kerana teknik ini mudah dan menarik minat pelajar mengikuti aktiviti belajar dan mengajar.

Oleh itu guru perlu menguasai pelbagai teknik mengajar bagi mencapai matlamat tersebut.
Komen Facebook
0 Berikan komen anda
abam ming. Powered by Blogger.