Widgets

APLIKASI SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON - SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Hebahan dan Tindakan Kepada PGB dan GDM



APLIKASI SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON - SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa , sehingga ke tarikh ini, pihak KPM masih belum menyediakan aplikasi/menu semakan status pendaftaran SSO dan ini menyukarkan pihak sekolah, PPD dan JPNT untuk mengenalpasti guru/AKP yang masih belum mendaftar SSO. Pihak KPM hanya membekalkan Data Daftar SSO kepada JPN setelah dipohon oleh semua JPN dan setakat ini hanya dua kali dibekalkan iaitu Data 1 Disember 2015 dan Data 15 Disember 2015.

3. Sehubungan dengan itu, Unit Maklumat, SPMICT telah membangunkan aplikasi ringkas iaitu APLIKASI SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON (SSO) - SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) bagi membantu pihak sekolah mengenalpasti status pendaftaran SSO bagi Guru/AKP. Semakan maklumat ini berdasarkan perbandingan DATA MPG/eOPERASI (21 Disember 2015) dengan DATA DAFTAR SSO (Sehingga 15 Disember 2015). Oleh itu, jika pendaftaran SSO dibuat pada atau selepas 15 Disember 2015 maka tidak tersenarai dalam data ini.

4. Oleh itu, pihak tuan diminta untuk membuat semakan menggunakan aplikasi ini dengan mengambil langkah seperti berikut :

i- Sila layari ke APLIKASI SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN SSO-SPS di http://www.ctaini.com/sso
ii- Sila rujuk email rasmi sekolah untuk mengetahui ID Pengguna dan Kata Laluan.
iii- Pastikan keselamatan ID Pengguna dan Kata Laluan dijaga bagi mengelakkan penyalahgunaan data.

5. Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi ini , sila hubungi En. Mohd Faisal bin Jusoh @ Mamat di talian 09-6213041 / 010-4641578 atau En. Mohd Zulkafli bin Mohamad Kling di talian 09-6213205 / 019-9301201. Sebarang masalah berkaitan pendaftaran SSO, sila hubungi Bantuan Meja SSO dan jika terdapat masalah dengan data MPG/eOPERASI, sila hubungi Admin Sekolah/PPD/JPN.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"Memperkasakan Transformasi Pendidikan"

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

MOHD FAISAL BIN JUSOH @ MAMAT
Penolong Pengarah (Pengurusan Maklumat)
Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Tel. (Pejabat) : 09-6213041 Faks :09 6213093 HP : 010-4641578
Emel : faisal.jusoh@moe.gov.my

Web rasmi JPNT : http://jpnterengganu.moe.gov.my/
Facebook JPNT : https://www.facebook.com/jpnterengganu
Page JPNT : https://www.facebook.com/pagejpnt
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.