KUALA TERENGGANU – Peniaga serta premis yang menjual ayam diproses pada harga yang terlalu rendah berbanding harga kawalan yang ditetapkan sehingga menimbulkan keraguan kepada pengguna, akan dipantau oleh pihak berkuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi, dan Kepenggunaan Negeri Roslee Daud berkata, perkara itu kini dalam pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).
Menurutnya, pihaknya memang sedia maklum dengan kegiatan segelintir peniaga ayam termasuk sebuah pasar raya di Dungun yang menawarkan harga ayam diproses terlalu rendah sehingga meragukan pengguna.
“Semua pengguna inginkan harga rendah, namun sekiranya ia terlalu rendah ia akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna terutama dari mana sumber ayam itu diperoleh.
“Bayangkan, harga runcit ayam diproses yang ditetapkan KPDNKK iaitu RM7.30 dan harga borong RM6.60 sekilogram tetapi peniaga tertentu menjual ayam itu dengan harga RM4 hingga RM4.50 sekilogram.
“Harga yang terlalu rendah akan menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna berkaitan kesucian dan status halal ayam berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 di Giant Hypermarket di sini, kelmarin.
Turut hadir, Pengarah KPDNKK Negeri, Azlan Abdul Samad dan Timbalannya, Md Nawawi Ab Rahman.
Menurut Roslee, KPDNKK telah menyiasat pasar raya itu dan mendapati ayam-ayam itu diimport dari China dan mempunyai sijil halal.
Katanya, walaupun masalah itu telah selesai, pengguna perlu memainkan peranan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah berkaitan isu kepenggunaan.
“Masalah itu sudah diselesaikan dan ia tidak menimbulkan sebarang keraguan dari segi sumber dan peraturan cuma terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan sama ada ingin membeli ayam itu atau ayam tempatan dengan harga kawalan yang ditetapkan.
“Kami harap kerjasama daripada pengguna untuk membuat pemantauan dan siasatan terhadap peniaga yang menjual barangan dengan harga yang tidak munasabah atau yang meragukan pengguna,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Roslee berkata, sempena sambutan Hari Krismas tahun ini, KPDNKK telah menetapkan 12 jenis barangan di bawah kawalan harga yang ditetapkan.
Katanya, antara barangan termasuk dalam skim kawalan harga ialah ayam hidup, standard dan super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, B dan C, tomato serta laga benggala hijau.
“Setiap barangan di bawah kawalan harga KPDNKK mempunyai tanda harga berwarna merah jambu dan skim kawalan harga itu bermula 23 hingga 27 Disember