Widgets

Kisah Alexander The Great

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan Generalnya melakukan 3 perkara berikut:



Pertama....(1) Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

(2) Kedua.......Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

(3) Ketiganya....... Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

“ (1) Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

(2) Aku mahu jalan menuju ke kubur ku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati. Ia tetap akan terus berada di dunia.

(3) Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA

Salam maal hijrah
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.