Widgets

Polis tahan suspek terbabit kes enam kereta terbakar



Polis menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran enam buah kereta di tempat letak kereta di Taman Jaya, Petaling Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata, polis akan memohon reman suspek lelaki berkenaan pada pagi ini.

"Suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan pada kira-kira jam 11 malam tadi di sekitar Petaling Jaya," katanya.

Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari semalam, enam buah kereta terbakar selepas suspek terbabit didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di tempat letak kereta di taman berkenaan. - Bernama
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.