Widgets

Cara Menghilangkan Password File Microsoft Excel

Pertama sekali igufran mohon maaf jika tajuk ini kurang sesuai. Maksud igufran sebenarnya menghilangkan password excel yang mana anda sendiri terlupa passwordnya menyebabkan anda tidak dapat mengedit atau menaip pada fail tersebut. Mungkin anda hendak berkongsikan fail bentuk excel kepada rakan atau rakan anda berkongsikan fail excel kepada anda tetapi malangnya fail tersebut dipasang password dan password pula terlupa dari memori disebabkan proses pereputan ingatan.. :)
Pagi tadi seorang rakan sekerja minta tolong cara memasukan data ke dalam excel. Rakan cakap balik-balik keluar pop up. Igufran pun cuba membantu rakan tadi tapi malangnya memang tidak boleh masukkan data sebab fail excel itu dipasang dengan password. Nak tahu passwordnya pun tak tahu sebab fail itu di download di internet. Igufran pergi ke blog yang share fail tersebut mana tahu dia ada letak password di mana-mana di blognya. Malangnya shering is caring tu tak ikhlas. Share fail tetapi fail di pasang password pula.

Oleh kerana igufran memang mahu membantu rakan sekerja tadi, igufran berusaha mencari akal cara memusnahkan password tanpa memusnahkan fail tersebut. Igufran berlegar-legar di bumi google untuk mencari penyelesaian. Macam-macam cara igufran temui termasuk perisian tertentu tetapi semuanya tak berkesan. Sehinggalah igufran menemui cara mudah yang tak masuk akal tetapi berjaya menyelesaikan masalah rakan igufran.

Jika anda menghadapi masalah yang sama, cuba cara yang igufran guna dan terbukti berkesan menghilangkan kesan degil password.

Ini imej sebenar yang igufran buat...

Langkah Pertama :
Buka fail excel yang dipasang dengan password. Biasanya jika fail tu kena pasang password akan keluar window kecil ni..



Langkah 2 :
Tekan  ALT +  F11, lihat apa akan terjadi. Jika sama seperti gambar di bawah maka betul langkah yang anda buat. Seterusnya pergi ke langkah seterusnya...



Langkah 3 :
Copy kode di bawah kemudian paste di halaman yang berwarna putih tu. Paparan selepas kode di paste adalah seperti berikut.

******** jangan ubah kode ya*********


Sub PasswordBreaker()
    'Breaks worksheet password protection.
    Dim i As Integer, j As Integer, k As Integer
    Dim l As Integer, m As Integer, n As Integer
    Dim i1 As Integer, i2 As Integer, i3 As Integer
    Dim i4 As Integer, i5 As Integer, i6 As Integer
    On Error Resume Next
    For i = 65 To 66: For j = 65 To 66: For k = 65 To 66
    For l = 65 To 66: For m = 65 To 66: For i1 = 65 To 66
    For i2 = 65 To 66: For i3 = 65 To 66: For i4 = 65 To 66
    For i5 = 65 To 66: For i6 = 65 To 66: For n = 32 To 126
    ActiveSheet.Unprotect Chr(i) & Chr(j) & Chr(k) & _
        Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & Chr(i3) & _
        Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)
    If ActiveSheet.ProtectContents = False Then
        MsgBox "One usable password is " & Chr(i) & Chr(j) & _
            Chr(k) & Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & _
            Chr(i3) & Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)
         Exit Sub
    End If
    Next: Next: Next: Next: Next: Next
    Next: Next: Next: Next: Next: Next
End Sub

******** jangan ubah kode ya*********


Langkah 4 :

Selepas anda melihat paparan seperti gambar di langkah 3, tekan pula F5. Tunggu sehingga paparan seperti gambar di bawah. Jika muncul seperti gambar di bawah maka anda sudah berjaya memusnahkan password degil dan mulakan membuat kerja.


Langkah 5 :
Berjaya menaip di fail excel yang dipasang password. Rakan igufran pun senang hati key-in data...


Sekian, semoga bermanfaat. Segala kerosakan fail atau komputer setelah menggunakan teknik ini adalah tanggungjawab sendiri.Tapi sehingga kini komputer igufran masih elok dan rakan igufran pun sudah berjaya menyiapkan pelaporannya. IguFran
 
===================================
Sila Share Jika Suka Entri Ini
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.