~ marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah
kepada
arwah adik
Muhammad Naqiuddin Mohd. Marzuki
~ameennnn~
Tiang lampu ragut nyawa budak
PETALING JAYA – Kegembiraan seorang kanak-kanak yang sedang bermain
bola sepak bersama lima rakannya tidak berpanjangan apabila dia
meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang
lampu limpah di taman permainan Taman Batu 3, Shah Alam kelmarin.
Muhammad Naqiuddin Mohd. Marzuki, 11, disahkan meninggal dunia di
sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas dia gagal diselamatkan
ekoran terkena rencatan elektrik dari tiang lampu yang mempunyai kuasa
240 volt itu.
Difahamkan, kejadian sewaktu hujan renyai pada pukul 6.30 petang itu
berlaku apabila salah satu kaki mangsa terkena pada tiang berkenaan.
Sebaik direnjat, kakinya melekat pada tiang tersebut manakala mukanya
berubah menjadi gelap.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
::: Renungan dari Cg. Amin :::
::: malang tidak berbau...berhati-hatilah kita sentiasa :::
::: ajal dan maut kuasa Tuhan :::