Dunia & saya mengutuk serangan Amerika
BEIJING - China meluahkan kekesalan terhadap
serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar dan menurut kenyataan kementerian luarnya, negara itu menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.
serangan yang dilakukan ke atas Libya oleh kuasa-kuasa besar dan menurut kenyataan kementerian luarnya, negara itu menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa.
"China telah mengetahui perkembangan terbaru di Libya dan merasakan amat kesal terhadap serangan tentera ke atas negara itu.
"Kami berharap Libya dapat memulihkan keamanan secepat mungkin dan
dapat mengelak kematian ramai orang awam yang disebabkan oleh konflik
senjata di sana," katanya.
Rusia turut mengeluarkan kenyataan yang serupa tetapi dalam masa yang sama mahukan gencatan senjata dilakukan secepat mungkin.
Sementara itu, India melalui kenyataan Kementerian Luarnya juga
senada dengan negara China dan Rusia yang mahukan keamanan kembali
dipulihkan di sana.
"India memandang serius terhadap perkara yang berlaku di Libya
seperti persengketaan, keganasan dan situasi kemanusiaan yang semakin
merosot.
"Amat mengecewakan apabila berlaku serangan udara, langkah yang
diambil sepatutnya dapat mengurangkan dan bukannya memburukkan lagi
situasi rakyat Libya," katanya
Serangan tentera ke atas Libya diketuai kuasa-kuasa barat oleh
Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi
menguatkuasakan resolusi zon larangan terbang yang dikeluarkan oleh
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan melindungi
puak penentang daripada kekejaman tentera Muammar Gaddafi.
Sementara itu, bantahan sama turut disuarakan oleh masyarakat dunia.
Di Bangladesh, pertubuhan Islam Khelafat Andolon melaungkan slogan anti
perang dan membantah serangan udara ke atas Libya dalam satu protes di
Dhaka.
Ahli parti berhaluan kiri di Jerman, Die Linke Klaus Ernst juga
mengadakan demonstrasi di Berlin yang mengutuk serangan kejam tersebut.
Para aktivis Filipina pula bertindak membakar bendera AS dalam satu
tunjuk perasaan di Quezon City, utara Manila.
Kemarahan sama turut dirasai di Los Angeles apabila aktivis
antiperang mengadakan satu demonstrasi yang menyambut ulang tahun
kelapan pencerobohan tentera AS dan sekutunya ke atas Iraq.
White House tidak terkecuali daripada menjadi lokasi demonstrasi
mengutuk serangan ke atas Libya. Akibatnya, berpuluh-puluh aktivis
antiperang telah ditahan polis.
::: Renungan dari Cg. Amin :::
::: Adakah perperangan merupakan jalan penyelesaian yang terbaik ? :::
::: Dunia Akhir Zaman :::