Widgets

anggota bomba dipukul ?

Anggota bomba dipukul ketika padam kebakaran

* gambar ehsan pokchit google *

 GEORGE TOWN: Seorang anggota bomba membuat laporan polis bahawa dia telah dipukul oleh seorang lelaki tidak 

 

dikenalinya ketika sedang menjalankan tugas-tugas memadam api kebakaran sebuah bangunan lama di sini, pagi ini.

 

 Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat, berkata anggota berpangkat penyelia berusia 50 tahun itu, membuat laporan polis bagi pihak jabatannya kerana lelaki awam terbabit mengganggu tugas anggota bomba.

Azmi berkata sebelum kejadian itu, bomba menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kosong yang pernah dijadikan kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini, pada pukul 7.45 pagi.

Seramai 28 anggota dengan empat buah jentera dikerahkan dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian terus mengawal api daripada merebak ke bangunan kilang kayu dan gaharu bersebelahan.




   
"Beberapa lelaki awam yang datang ke tempat kejadian kemudiannya memberi arahan kepada pasukan bomba untuk menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tetapi pasukan bomba enggan berbuat demikian kerana mereka sibuk memadam api kebakaran," katanya. Azmi berkata, secara tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit berusia lingkungan 50-an dipercayai tidak berpuas hati kerana arahannya tidak dilayan terus memaki hamun pasukan bomba bertugas sebelum memukul anggota bomba berpangkat penyelia itu.- Bernama
Komen Facebook
3 Berikan komen anda

3 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

aku thu sebab ape
sebabnya..
kilang tu dah nak bankrap
jdi ade ler sesaje bako
nak clain insurance
biel bomba tak ikut..
tu yg dia amuk tu.
huhuh
perancangan tidak berhasil..

Reply

ohhh..hebak nye boleh tahu...hehe

tahu dr mane ni ?...

Reply

betul2..msti ada sbb tu kalo x takkan la dia marah bomba padam kebakara tu

Meh singgah: Time2 mcm nie br nak wat keje!!

sini jugak: Lelaki ke Perempuan nie??!

Reply

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.