* gambar dari google * |
wooooaaaa....giler ar berani mamat nie....ade ke patot buat terjunam ke dalam kolam yang kecil ?...memang x sayang nyawa betol lah...ape-ape pom...congrateZ to hIM !
Baca selanjutnya ! :)
Cipta rekod terjun dalam kolam kecil
TRONDHEIM, Norway - Seorang penyelam dari Denver, Darren Taylor
memecah rekod dunia apabila dia terjun dari ketinggian 10.9 meter ke
dalam kolam air yang mempunyai kedalaman cuma 30.5 sentimeter, lapor
sebuah akhbar semalam.
Dikenali sebagai Profesor Splash, Taylor menyesuaikan teknik menyelam yang dimilikinya bagi mengurangkan impak ke atas badannya.
"Saya juga suka jika air yang digunakan itu sejuk sehingga hampir ke
tahap beku kerana ia akan membantu mengurangkan impak terjunan," katanya
yang sudah menyelam selama 25 tahun.
Taylor memecahkan rekodnya sendiri itu di hadapan para peserta
Persatuan Pertukaran Pelajar Antarabangsa di sini, pada Rabu lalu. -
Agensi
hehe...lupe nak cakap tadi...gambar kat atas sekali tu hanyalah hiasan sahaja...sori eik...sila la LIKE yep...mekasehhh.... :D