Dengar ni ! Bila aku dah x ada nanti...Ko maen betul-betul...Jangan malukan aku ok...hehehe... |
Baca sampai habis daa.... :D
APA lagi yang tidak kena dengan Datuk Misbun Sidek?
Sikapnya yang seolah-olah sengaja mendiamkan diri berhubung isu
peletakan jawatannya selaku jurulatih perseorangan badminton negara
sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya.
Sudah lebih dua bulan isu berkenaan masih tiada
kesudahannnya sejak Misbun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember tahun lalu.
Biarpun BAM telah meminta Misbun menimbangkan semula keputusan yang
dibuatnya itu, namun jurulatih tersebut masih tetap membisu seribu
bahasa.
Gambar Hiasan....ekekekekke~ |
Kelmarin Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga berharap Misbun kembali ke pangkuan BAM.
Bagaimanapun, usaha Kosmo! yang menjejaki Misbun di kediamannya di
Taman Ukay Perdana, Kuala Lumpur semalam gagal mencari kata muktamad
daripada bekas jaguh badminton negara itu.
Malah, Misbun enggan bersua muka dengan wartawan Kosmo! yang mahu
mendapatkan penjela- san berhubung isu peletakan jawatannya itu.
Selepas sejam setengah menunggu di pekarangan kediamannya, seorang
teman baik kepada Misbun yang enggan dikenali namanya menyatakan bahawa
juru- latih tersebut tidak mahu ditemu bual.
Menerusi satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan kepada
teman baiknya itu, Misbun menyatakan: “Sorry (minta maaf) saya tidak
mahu berjumpa.”
Agaknya rajuk Misbun masih lagi belum reda dan disebabkan itu, beliau enggan memberikan sebarang kenyataan.
Namun, adakah sikap Misbun yang masih ‘mengunci mulut’ suatu tindakan
yang tepat tatkala Datuk Lee Chong Wei masih menaruh harapan yang
tinggi untuk menyaksikan sifunya itu kembali menjadi jurulatihnya.
Chong Wei kini menjadi harapan Malaysia bagi merangkul pingat emas pertama pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Sudah pasti pemain berusia 29 tahun itu mahu Misbun kembali
membimbingnya kerana jurulatih tersebutlah yang bertanggungjawab
menjadikan dirinya selaku pemain No. 1 dunia sejak 2008 sehingga kini.
Sama ada Misbun kembali membimbing Chong Wei ataupun tidak, segala keputusan kini terletak di tangannya sendiri.
::: Maybe Misbun nak jd coach kami pulak kot ! hehe :::