Langkah penjimatan tenaga eletrik...setiap yg berlaku pastu ada hikmahnya. |
Bandar raya Tokyo yang dihuni 13 juta penduduk kini bergelap
ekoran
langkah penjimatan tenaga elektrik akibat kerosakan yang berlaku
pada loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima ekoran
gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu.
Loji jana kuasa nuklear itu yang terletak sejauh 250 kilometer dari
sini kini dalam proses disejukkan selepas meletup sebanyak empat kali
selepas gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter berlaku.
Para penduduk di bandar raya ini juga sanggup berkurung di rumah
kerana bimbang akan terdedah pada radiasi selepas berlaku kebocoran pada
jana kuasa tersebut.
Jika terkena radiasi, asid deosirikbonukleik (DNA) akan rosak, kanser
terutamanya tiroid akan dihidapi selain penyakit paru-paru, perut dan
usus.
Namun, setakat ini, pihak berkuasa Jepun menyatakan kadar radiasi masih tidak berbahaya buat penduduk di Tokyo.
Banyak bangunan di bandar raya ini mengambil keputusan untuk menutup
lampu bagi mengelak bekalan elektrik terputus selepas amaran diberikan
oleh Menteri Perdagangan, Ekonomi dan Industri Jepun, Banri Kaieda
bahawa satu kawasan yang luas di Jepun mungkin tidak mendapat bekalan
elektrik jika penggunaan tenaga tidak dijimatkan.
Salah sebuah kawasan hiburan seks yang terkenal di Roppongi, di sini
lengang menyebabkan para pekerja di pusat-pusat hiburan diarah pulang
awal kerana kekurangan pelanggan.
“Mereka (pihak pengurusan) menyatakan saya boleh pulang awal,” kata
seorang wanita Britain yang menjadi pelayan di sebuah pusat hiburan.
::: Semoga rakyat Jepun terus tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang :::