Widgets

Jimmy Shanley terus merintih


Kasihan membaca luahan dan rintihan pengacara Gala TV Plus (Astro Awani) ini. 

Selepas berlaku jujur menceritakan mengenai rumah tangganya dengan Nursuhaila Eliani yang bahagia selama 20 hari, Jimmy Shanley terus dilemparkan pelbagai kutukan termasuk dikatakan cuba mengikis harta keluarga mentua dan tidak pandai menjaga isteri.

Lebih menyedihkan cerita isterinya mengandung pun hanya diketahui bekas pengacara Trek Selebriti itu daripada mulut orang lain. Isterinya difahamkan kini sudah sarat mengandung lapan bulan. 

Saat ini, Jimmy sendiri berharap dan meletakkan harapan untuk membesarkan anak yang bakal dilahirkan itu. 

Jimmy dikatakan sudah menyediakan kelengkapan untuk menyambut bayi sulungnya itu serta memberikan nama kepadanya. 

Biarpun rumah tangganya dikatakan bagai telur di hujung tanduk, Jimmy masih berharap untuk menyelamatkan perkahwinan mereka demi anak.

Ikhlas dan jujurlah dalam perhubungan ... bercintalah dengan ikhlas dan jangan berpura - pura ... sekadar renungan ... jangan beri harapan palsu kepada orang yang menyayangi anda, buruk padahnya nanti ...

SUMBER
Komen Facebook
3 Berikan komen anda

3 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.