Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status
jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah
Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif
masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus
memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah
itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha
berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan
pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial
Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah
perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah
ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan
di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.
Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah
Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti
tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani
kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak
mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan,
malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran
kes itu sudah sampai penghujungnya.
[ sambungan ]
Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang
mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan
cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes
anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat
kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak
bertanggungjawab.
“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah
dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar
jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan
sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki
sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand
pada 2009.
“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia
tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang
dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum
itu.
“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami
menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami
tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan
hanya tidur dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera
berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi
buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.
“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf
dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.
“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.
“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.
3
Berikan komen anda
3 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger
Luluhnya hati ibu saudara ni. walau apapun yang berlaku, hakikat sebenar tidak dapat diubah. apa yang terbaik adalah saudara ashraf berusaha memperbaiki diri ke arah yang positif. Semua orang berpeluang memperbaiki dirinya. Ayuh bertaubat saudara.. Jalan Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hamba-Nya :')
Replybtol kata amna,..ape2 pon,punca utama adalah jiwa,..jiwa tu yg mmbntuk hati spya jd cmtu,.sme2 la solat,doa untuk die kembali ke arh yg btol,.ftrah kjadian Allah,xbleh nk ditolak,.ckp mmg mudah tp nk lakukan je payah,.mmg btol,.tp usaha lah,.
Reply
abam ming. Powered by Blogger.