Widgets

Tak Lama Lagi Akan Ramai Merana Kena Tipu Pelaburan Emas

Seorang ni katanya dia masuk pelaburan emas dengan bayar sejumlah wang kepada seseorang (syarikat) untuk beli emas. Nama saja beli emas tapi emas tu dia sendiri tak pegang. Hari-hari orang itu akan lihat harga emas di internet dan jumlah wang yang dia ada sekarang. Untung ! Untung ! Jumlahnya nampaknya nampaknya meningkat setiap hari.

Saya Tak Percaya

Terus terang saya tak percaya pada  ini semua. Pertama, syarikat apa yang dia labur itu ? Berdaftar atau tidak ? Dia cakap berdaftar. Yer ler, kalau berdaftar pun berdaftar sebagai perniagaan apa ? Entah. Dia orang pun bukan nak siasat lanjut.

Dulu masa saham 'Swiscash' tengah meletup sekitar 2005-2007, ramai orang kita kaya katanya. Saya sendiri tengok penyata  dalam internet kawan tu, masuk duit ratusan ribu. Pada saya, selagi orang itu tak dapat duit tu, itu kira belum untung. Setakat ada penyata dalam internet, tak payahlah nak kelentong. Akhirnya saham swiscash lingkup dan ramai merana dan kerugian ribuan ringgit. Ramai terpaksa bayar personal loan pada bank. [ baca selengkapnya di SINI ]


 

Komen Facebook
2 Berikan komen anda

2 0 komen dari rakan facebook dan rakan blogger

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.