Widgets

100 lagi kedai 1Malaysia dibuka


Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, perluasan konsep Kedai Kedai Rakyat 1Malaysia itu didorong oleh tarikan seperti harga barangan lebih rendah sehingga 40 peratus berbanding pasar raya dan kedai runcit.


“Pihak yang berminat dengan konsep kedai itu boleh memohon permit penggunaan paten jenama 1Malaysia daripada Jabatan Perdana Menteri dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,’’ katanya di sini semalam.

Beliau memberitahu, konsep Kedai Rakyat 1Malaysia itu juga akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk ke kawasan luar bandar.

“Kerajaan mahu memastikan rakyat ada pilihan dalam membuat pembelian barang dan dengan adanya Kedai 1Malaysia mereka boleh memilih sama ada mahukan produk berjenama ataupun produk 1Malaysia yang setaraf dari segi kualiti,’’ katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya di Petaling Jaya pada Julai lalu.


Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan telah dijenamakan dengan jenama itu dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai kedai itu, senarai barangan serta harganya, sila kunjungi http://www.kedairakyat1malaysia.com.my.

Yang terfikir : Apa kata kalau Datuk Seri buka Kedai 1Malaysia ni di Kuala Lipis ? barang-barang kat sana agak mahal la .. huk3
Komen Facebook
0 Berikan komen anda

Post a Comment

abam ming. Powered by Blogger.